Monday, August 10, 2009

MALAS

Wuarghhh malasnya aku nak menaip... apa aku nak bebel hari niek?

Hari jumaat... aku kena kejar dengan makhluk lelembut dengan opismate aku... Damn! sycho, sick punya makhluk... ngeri abis.

Hari Sabtu, aku cuti... ready to balik kampung.

Hari Ahad, bergurau senda dengan anak2... balik KL dengan senang hati...

Isnin, bangun pagi dengan angin! kucing kecah tempat najis. Sejuk balik hati, fikir meka tak sengaja... sebab baru 1st time berlaku. Ditambah pula dengan bantuan isteri membersih lantai.

Petangnya lak, aku balik umah buat senaman... ahhhh segarnya badan.

Ya itu saja entry tuk hari ni, padat dan pendek... sapa nak panjang2 berangan jelah babak2 yang berlaku ya... hehehe

Friday, July 31, 2009

ENTRY PASAL GAME

Aku ada jumpa satu website game. Game dia ni simple je, register free. Mula-mula bagi nama karekter, pilih karekter tekan submit. Then enjoy karekter game korang berlawan dengan sendirinya.

Aku baru je register, jadi aku pun tak explore sangat. Yang aku tahu, korang leh gi cari sesiapa saja di arena yang disediakan untuk korang berlawan dengan mana-mana karekter yang beregister. Kalau nasib korang baik, karekter korang boleh menang. Setiap hari akan ada 3 kali perlawanan yang korang dapat. Selepas 3 kali korang lawan, karekter korang akan berehat. Hari ni aku baru tahu, untuk naikkan level, bukan setakat berlawan saja. Tapi juga kena invite orang atau kawan-kawan diluar sana untuk berlawan.

Alah.. korang masuk je register, bukan susah. Lepas tu bukan korang kena tekan apa2 butang untuk lawan tu. Cuma butang start fight saja, korang akan tengok karekter korang berlawan. Layan la jugak, takyah pening2 kepala nak tekan2 butang keyboard lelaju. Klik start fight, dusyum2 meka lawan.

Cuma satu saja kelemahan website dia. Takde sound music... lawan pun takde sound. Lagi satu, korang mudah tersesat dalam page dia. Takpe, tu suma masalah kecil. Lagipun website tu baru je lagi, mungkin meka akan sentiasa update untuk perbaiki kelemahan mereka tu. Yang penting sekali, sila lah register dan berlawan lah dengan karekter aku yang bernama 'ioweu2'. Aku nak letak 'Eycehhh!' dah ada orang ambil pulak. Terkenal juga ya ungkapan aku tu... hehehe

ni link dia http://ioweu2.mybrute.com sila2 lah klik.

Thursday, July 30, 2009

MACAM-MACAM HAL LAK

Aku bad mood sikit, mana idaknya. Semalam aku dan isteri kemas rumah, mop lantai apa suma. Tetiba aku balik kerja hari ni, anak kucing aku 2 ekor yang nakal tu dah bikin selerak! Geramnya aku! Aku rasa nak hempuk jek 2 ekor tu, tapi fikirkan aku penat nanti aku takleh nak kawal perasaan, susah. Jadi kes mendera pulak nanti.

Kat tempat kerja pulak, aku dah jadi macamm budak sekolah. Mana idaknya, semua barang aku. Aku labelkan, aku letak sticker yang aku buat sendiri... Semua label sticker aku tertera 'EYCEHHH! Menarik Bukan?' Apsal aku letak sticker pada semua barang aku, habis ingat aku tak angin ke. Setiap kali aku nak pakai barang aku tu, mesti takde. Hilang entah kemana. Frust beb, dah la aku ni suka beli barang stationary. Banyak pen aku yang hilang. Bengang betul lah, tu yang aku buat sticker. Habis semua barang aku, aku labelkan.

Hari ni, walaupun mood aku terganggu sikit pasal budak 2 ekor tu menyerakkan rumah. Tapi aku rasa nak makan! Rasa macam nak makan KFC pulak, tapi malas nak ride ke KFC tu, jauh... penat. Rasa macam nak trim rambut sikit pun ada. Huh... mood menyebabkan aku malas!

Oh ya, aku jugak tetiba rindu ngan gameboy lama aku, entah ada lagi k tidak pada anak sedara aku. Dah hilang, atau dah rosak gamaknya. Rindu dengan game2 Lama...

Sunday, July 26, 2009

BELAJAR GITAR BUKAN SITAR

Aku cuba belajar bermain gitar dengan isteri aku. Ya isteri aku tahu main gitar. Dah lama sebenarnya aku belajar dengan dia, sebelum kami berkahwin aku dah belajar dengan dia.
Lagu 'House of the rising sun' dia ajar aku. Chord gitar tu cukup mudah, ada lebih kurang lima chord saja yang perlu aku mahirkan.

Tapi, dah berapa lama aku belajar. Masih juga aku tak boleh nak bawa lagu tu. Frust betul... Jari aku sampai bengkak2 duk nak menekan tali gitar tu. Lepas tu tak pantas nak menukar chord. Terkial2 aku cuba nak buat lelaju, tapi masih tak dapat. Rasa macam nak hentak2 je jari aku ni kat dinding.

Aku rasa macam down dan sedih je, benda mudah macam tu aku takleh nak buat. Isteri aku siap belikan aku pick gitar hari ni untuk bagi semangat kat aku supaya belajar main gitar. Tapi masih takleh nak mahir jugak... sedihnyaaaaaa.... dah aku tak tahu nak bebel apa. Fikiran berputar2, fikir nak main gitar dengan baik.

Isteri aku? dah masuk lagu metalicca dan baru beberapa jam dah mahirkan lagu 'Eyes of the tiger'. Mana idaknya dia cepat mahirkan lagu tu, orang tu dah beli distortion baru la katakan... bunyi power bila mengoreng tu.

Saturday, July 25, 2009

TERTINGGAL

Ada satu cerita yang aku tertinggal ketika aku berpuasa pada hari khamis lepas. Tentang berbuka, ya mesti la nak cakap sikit pasal berbuka kan?

Mulanya aku berbuka dengan kuaci dulu, sebab aku nunggu isteri aku balik kerja. Isteri aku punya waktu kerja balik pukul 7. Aku ajak dia teman untuk aku makan berbuka, tapi sebelum tu aku berbuka la dengan koci dulu.

Bila dia sampai dirumah, maka kami pun keluar la ke restoran biasa kami pergi. Aku tertarik dengan satu menu ni, 'Nasi Goreng Mutiara'. Dek kerana ingin tahu sangat macam mana rupanya, aku pun order la satu. Nak cuba rasa la gamaknya. Mula2 aku tanya la gak ngan waiter tu, macam mana rupa makanan tu. Tapi hapah satu aku tak paham apa dia cakap.

Masa berlalu, setengah jam! order aku tak sampai lagi? Biar betul, special sangat ke masakan dia sampai ambil masa macam tu lama. Isteri aku dah mula bising bila makanan tu lambat sangat sampai. Aku tanya waiter, "ayam mutiara tu memang lama sikit nak masak..." Aduh dalam hati aku, awal2 taknak cakap. Sekarang aku kena menunggu pulak. Harap biar sedap hendaknya, kalau tidak...

Akhirnya siap, aku tengok cantik. Siap western campur tradisional lagi. Aku amik french fries dia kendian aku cecah kuah yang bersama ayam tu. Wahhh sedap lah kuah dia, lemak-lemak masam. Ada rasa macam tempoyak tapi manis. Rasanya dia letak tempoyak kut? Aku makan degan dibantu oleh isteri aku, nak makan sorang tak larat aku. Ayam tu sebelah woi... tapi memang enjoy makan dia. Nasib baik sedap...

Len kali aku rancang nak makan lagi, tapi aku kena order awal2 dulu kendian gi jalan2. Agak2 dah lama sikit jalan baru datang makan. Hahahahaha....

Friday, July 24, 2009

PUASA DAN BULI

Semalam, aku telah berjaya satu hari puasa sunat. Eycehhh Dah lama aku tak melakukan puasa sunat. Lemah semacam je nak menunggu waktu berbuka. Rasa macam budak kecik pun ada, dah tua-tua takleh nak nahan lapar dahaga la pulak. Tapi berjaya jugak sampai 7.30pm waktu azan berkumandang, azan magrhib laaa... Takkan la aku buka azan asar... hehehe

Selama beberapa hari ni kerja di opis aku kurang. Sebab aku kena banyak jumpa klien. Tapi start esok ada buku yang aku kena flow isi dalam. Banyaklah gak, ada la dalam 100 muka surat aku kena flow, susun dan reka dalamnya.

Badan aku pun dah beransur pulih dan segar kembali. Walaupun aku lemah-lemah tak berapa sihat beberapa hari sebelum ni, tapi tak menghalang aku untuk membuli isteri aku setiap hari dirumah. Sampai nangis-nangis dia kena buli dengan aku. Kesian isteri aku... tapi apa boleh buat, dia lah rakan buli aku... hehehehe jangan marah, jangan majuk yer sayang.

Aku ni suka buli isteri aku tak kira tempat. Contohnya hari ni, aku berpeluang YM sekejap dengan isteri aku. Sebabnya BB(big bos) takde kat opis. Dalam jarak jauh macam tu pun aku sempat buli isteri aku.... hahahaha....

Wednesday, July 22, 2009

TAK SIHAT

Malam tadi aku tidur lewat, lebih kurang hampir pukul 3pg. Biasalah, bila dah berkahwin ni, selalu lah tidur lewat malam... hehehe

Pagi berat mata nak buka, maklumlah tidur tak cukup. Subuh bunyi jam pun aku tak sedar. DAMN! Seperti biasanya, aku akan mengosok baju untuk pergi kerja. Kemudian menguruskan kucing aku dua ekor. Dan sebelum aku bertolak ke opis, aku cium dulu kekasih aku. Ambik bau, bawa bekal untuk ke opis, hahaha.

Rumah itu hari siap overhaul bahagian bilik dan dapur (ayat macam bangla). Bahagian depan masih belum sempat aku overhaul sepenuhnya. Ni gara badan aku tak berapa sedap dah dekat dua hari. Semalam lah yang aku rasa paling teruk, mana idak nya... letak je kepala boleh terlelap. Aku jadi terkejut, mudah sangat pulak aku nak lelap? Fuh! dek kerana ada rasa sedikit kengerian dengan keadaan aku yang mudah lelap tu, membuat kan aku mengucap awal-awal.

Alhamdullilah umur masih panjang, aku tersedar semasa isteri aku pulang kerumah. Cuma masa aku nak bangun tu keadaan aku masih lemah tak bermaya. Terutama bahagian kaki aku rasa teramat sengal. Tak tahu mana silapnya aku boleh kena sakit macam tu sekali, dalam hati terdetik mengenai H1N1. Yelah simptom sakit badan antara salah satunya. Tapi bila aku fikirkan balik, mungkin kerana hari sebelum aku sakit tu, hampir separuh hari aku di Putrajaya berjumpa dengan klien. Jadi badan tu terlalu penat, ditambah pulak kena berjalan kaki antara satu bangunan ke bangunan lain, dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Sebab klien aku tak berada pada satu department, semuanya berada pada department yang berlainan.